10 Rangkaian Homestay, Sesuai Untuk Keperluan Semua
Indah Morib memiliki 10 unit homestay sesuai untuk keperluan sesiapa sahaja. Untuk yang mencari homestay bajet, anda boleh menyewa apartment 1 bilik di sini dengan harga serendah RM160/malam. Kepada yang mempunyai keluarga besar atau mahu membuat reunion & majlis keramaian, unit banglo untuk tampungan ramai juga tersedia untuk anda. Selain mempunyai pelbagai kemudahan lengkap seperti surau, swimming pool, padang futsal, bilik karaoke, spa & dewan, Indah Morib juga berada di lokasi strategik berdekatan dengan pantai dan kota bersejarah Jugra.